Canva Poster Ramadan (E-Learning)

4 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2024 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas e-learning menggunakan platform canva iaitu membuat poster Ramadan. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti dalam diri seseorang. Canva mempunyai banyak fungsi iaitu, membuat design visual, design template, edit gambar, menambahkan teks dan sebagainya.

Selain itu juga, kelebihan dalam penggunaan canva adalah mudah untuk digunakan, mempunyai pelbagai jenis template dan elemen design. Oleh itu, peserta dapat membuat poster dengan cantik dan menarik sesuai dengan tema yang telah diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali